Pembuka kata

Blog ini dibina agar dapat mengabadikan kenangan pelajar 5 science 1 tahun 2008. InsyaAllah, diharapkan blog ini akan menjadi pertemuan antara kita kerana masing-masing sudahpun membawa haluan masing-masing ke menara gading. Alhamdulilah ramai yang ke menara gading.

Siapa aku? Aku Mohamad Zulkhairil Bin Che Kob, Juga pelajar 5 Science 1, tahun 2008 di sekolah menengah kebangsaan kedai buloh. Aku cipta blog ini dengan harapan kenangan aku bersama classmate aku tidak pupus dan aku mengharap satu hari nanti, korang akan jumpa blog dan lihat kembali kenangan kita di masa dulu.

Terlalu manis kenangan kita bersama. Aku rindukan saat tu..Saat di sekolah menengah bersama korang semua adalah saat paling bahagia dalam hidup aku..

Aku akan upload beberapa gambar classmate kita dan beberapa gambar kenangan untuk tatapan kita. Manalah tahu disaat korang baca blog ni, korang dah pun besar dan berkawin..

0 comments:

Post a Comment